Persediaan Mental 


  • Penentuan dan penetapan matlamat yang jitu. Tahu apakah instrumen yang diguna pakai untuk menggandakan wang anda. Berapa tahun anda mahu menggandakan wang anda. Berapa tahun anda sanggup menunggu
  • Anda kena memantapkan emosi anda dengan belajar sabar dan zikir banyak-banyak kepada Allah S.W.T. Untuk memantapkan emosi anda perlu ada ilmu. Ilmu tentang pelaburan. Belajar control nafsu jangan mahu untung sahaja tapi fikirkan matlamat jangka panjang.

  • Sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan emosi dalam melabur. Kena tahu kenapa 
  • Dengar nasihat daripada perunding yang bertauliah yang berkecimpung dalam bidang ni secara full time bukannya main on/off dan bukannya mereka yang hanya duduk kaki lima, baca surat khabar dan minum kopi O. Perunding bertauliah adalah mereka yang ahli dan pakar dalam bidang mereka dan mempunyai lesen dari FIMM, dan telah mengikuti kursus pelaburan dan bukannya dari mereka yang bukan ahlinya. nak tanya pasal pelaburan unit trust tanya unit trust consultant bukan agen Takaful. Melainkan mereka yang buat kedua-duanya serentak. 

Persediaan Wang

  • Sekurang-kurangnya anda ada RM1000 sebagai modal permulaan pelaburan atau dipanggil Initial Investment  (II)
  • Wang tersebut adalah wang yang anda tidak gunakan untuk tempoh terdekat. Tempoh terdekat seperti beli alat dapur dan sebagainya atau tempoh kurang dari 3 tahun.
  • Wang tersebut adalah wang lebihan pendapatan atau wang simpanan sedia ada dan bukannya wang untuk membeli perbelanjaan dapur.
  • Tentukan berapa wang yang anda sanggup dan tidak menjadi beban kepada anda bagi melabur setiap bulan. Ikut kemampuan bukan ikut nafsu
  • Wang tersebut adalah wang yang halal...he he he
Hari Melabur (Pelaburan Cash)

  • Sediakan IC saiz A4 depan belakang, jelas kalau boleh dalam format Picture/ Image. Sebab ianya akan di scan untuk dihantar ke HQ
  • Isi borang SA (Sustability Assessment) untuk melayakkan diri anda melabur di dalam unit trust.Tujuan SA ni adalah untuk menetapkan apakah dana yang sesuai untuk anda melabur. Ini berdasarkan tahap pengetahuan, pengalaman, matlamat, dan posisi/tahap kewangan semasa anda. Ini adalah pendekatan para Unit Trust yang bertauliah dan berwibawa menentukan dana anda.Anda kena tunggulah 1 minggu atau lebih awal bergantung kepada pihak HQ. Bukan senang mahu senang, kena tunggu walaupun duit sudah ada ditangan. Pelaburan Unit Trust mengajar S.A.B.A.R. Setelah approval anda boleh akan diberi code SA untuk peringkat seterusnya.
  • Setelah anda memperolehi SA Code anda boleh terus ke proses seterusnya. Isi Form dan langkah pertama anda menjadi pelabur. Anda boleh bank-in duit anda ke Public Bank. Ingat, kami Unit Trust Consultant tidak sekali-kali menerima duit dari para pelabur. 
Berminat untuk mengkayakan diri sendiri

Hubungi 013-8690199

"Everyone Can Invest in Unit Trust"

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Everyone Can Invest In Unit Trust / Template by : Urang-kurai