Amaran : Sila baca sampai habis

"Melabur unit trust ni berisiko tak?"

"Unit Trust berisiko tinggi tak...?"


Sebelum saya jawab soalan ini. Saya akan tanya anda ? Anda pernah pandu kereta tak ? Sudah tentu pernahkah. Masa mula-mula belajar memandu sebelum mendapat lesen adakah memandu mudah bagi anda? Berikut adalah pengalam masa mula-mula anda memandu dan semua orang yang pernah memandu.

  • hati berdebar-debar tanpa sebab
  • keluar peluh dingin ketakutan
  • bimbang tak menentu
  • berbagai-bagai persepsi dan teka teki bermain-main dikotak pemikiran
  • trauma bila kereta melanggar objek depan, tepi atau belakang
  • takut pegang gear dan stering kereta
  • kaku mahu memijak pedal minyak
  • panik bila nak tukar gear
  • risau bila nak berhenti dekat simpang, risau kalau-kalau masa nak gerak engin off pula
  • balik-balik tengok knob gear dan stearing
  • berbagai pengalaman yang anda pelajari bukan...lain orang, lain pengalaman dia. 


Masa mula-mula ambil lesen kereta pada usia 16 tahun. Saya tak ada masalah bahkan jurulatih saya sendiri ketakutan kerana pelatihnya bawa laju pada sessi latihan. Saya sudah biasa membawa kereta sejak usia 6 tahun lagi dan pada ketika itu saya memang suka mencuba. Lori pun pernah saya try. Ini kerana saya sendiri jenis yang suka mengambil risiko dan mencuba benda yang baru. Pernah sekali saya marah dengan pelatih kerana lambat mengambil saya untuk sessi latihan. Ha ha ha...tapi sayalah antara pelatihnya yang termuda dan lulus dengan hanya sekali ujian sahaja. Ingat lagi dialog jurulatih saya dengan pelatihnya yang gagal ujian bukit pada ketika itu. Katany "Lu tengok, itu budak pun boleh lulus". Tapi masa sebelum ujian tu rasa gabrah kian terasa. Semasa menuju ke JPJ saya berbual-bual dengan pemandu teksi tentang pengalamannya ambik ujian memandu. Dia kata semuanya akan ok. Jangan risau nanti luluslah tu senang jak...Setelah lulus memang senang pun tak lah rasa susah. Cuma persepsi dan analogi kita sendiri yang bermain-main dilubuk fikiran sedang kita sendiri belum mencubanya. Inilah kata orang "Belum cuba belum tahu". Setelah mendapat lesen...perasaan gabrah hilang dan berasa bangga dapat lesen. Saya menjadi driver kepada daddy dan mama. 

Bila dapat lesen dan selalu bawa

  • kita bawa kereta tenang
  • tangan secara otomatik boleh mengubah gear tanpa melihat knob gear setiap kali menukar gear
  • tidak ada perasaan takut lagi dan kita mampu mengawal steraing dengan cermat sekali

Kita belum lari topik lagi ya, kita masih berada di ruang skop atau ruang lingkup persoalan Adakah melabur di Unit Trust berisiko ? Persoalan saya kepada anda, kenapa semasa sebelum mendapat lesen, sebelum biasa membawa kereta kita berasa takut, gugup, pelbagai persepsi timbul di lubuk kepada dan setelah mendapat lesen, bawa kereta hari-hari perasaan itu hilang sama sekali. Kita boleh tenang, mengawal dengan baik, membawa dengan laju tanpa kerisauan dan dapat membawa kereta impian dengan bangga sekali. So kenapa ini semua boleh berlaku ? Bayangkan jika anda tidak mempunyai lesen atau tidak mempunyai kemahiran memandu bolehkah anda membawa kereta dan membeli kereta impian anda?  Jika boleh pun anda boleh mengupah orang untuk membawa kereta idaman anda tetapi pengalaman dan kepuasan tidak seperti diri sendiri yang bawa kereta. So kenapa perasaan mula-mula memandu hilang begitu sahaja setelah sekian lama kita memandu?

Adakah anda mempunyai jawapannya, tetap berbalik kepada persoalan, Adakah melabur di Unit Trust berisiko? Jika berisiko apakah tahap risiko melabur di Unit Trust?

Oklah saya tak nak anda pening kepada untuk menjawab persoalan ini. Saya akan jelaskan kepada anda. Melabur di Unit Trust memang berisiko sama juga seperti memandu kereta. Anda meletakkan risiko yang tinggi jika anda tidak mempunyai lesen, tidak reti memandu dan tidak mempunyai lesen serta tidak tahu menahu tentang fungsi setiap komponen yang ada pada kereta, tetapi risiko itu dapat dikurangkan kerana adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran memandu. Ilmu pengetahuan setakat tahu tetapi bila memandu seharian, kita dapat mantapkan kemahiran memandu kita.

Dalam pelaburan unit trust risiko bergantung kepada profile risiko seseorang pelabur, bergantung kepada pemilihan dana berdsarkan profil risiko seseorang pelabur dan strategi pelaburan yang anda guna pakai. Semua ini memerlukan kemahiran dan ilmu. Tanpa Ilmu dan pengalaman serta kemahiran anda tidak mungkin akan berjaya dan mungkin anda akan kecewa. Jika kita gagal dan kecewa kepada siapa anda persalahkan? Adakah mereka yang mengajak anda melabur atau anda menyalahkan diri anda sendiri?  Kembali kepada pengalaman memandu. Jika anda terlibat dalam kemalangan adakah anda menyalah mereka yang melanggar anda atau anda menyalahkan diri anda sendiri. Semuanya bergantung kepada cara pemanduan anda. Adakalanya cara pemanduan anda menyebabkan orang lain melanggar anda. Anda sendiri yang mendedahkan diri anda kepada risiko. Tanggungjawab adalah diri anda sendiri bukannya orang lain. Apa pun yang anda buat di dunia pasti ada risiko dan pasti ada kos melepas. Cuba perhatikan...

Berharap risikonya Kecewa
Untung risikonya Rugi

Kalau ikut hadith nabi...ingat 5 sebelum 5. Ini menerangkan tentang risiko

Sihat sebelum Sakit
Lapang sebelum Sempit
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum Tua
  Hidup sebelum Mati  

Apa sahaja yang kita lakukan pasti tidak akan lari dari risiko, risiko tetap , kita tidak boleh lari dari risiko tetapi kita boleh mengurangkan dan memindahkan risiko. Inilah peranan Syarikat Takaful / Insurans. 

Pelaburan Unit Trust memang berisiko tetapi tahap risiko pelaburan unit trust adalah sederhana dan boleh dikawal dengan ilmu pengetahuan. Apakah tahap risiko pelaburan Unit Trust.



No Pain No Gain, High Risk High Gain

Kesimpulannya

  • Melabur tanpa tahu apa yang dilabur mengundang peleburan duit. So patut berilmu. Nasihat Warren Buffet seorang Pelabur Terbaik Dunia dan merupakan Billionaire Kedua Dunia yang kekayaannya dari pelaburan berkata, "Jangan melabur pada sesuatu yang anda tidak tahu, katanya. Selain itu beliau membagi tips. Pertama, jangan kehilangan modal pelaburan anda, Kedua, balik kepada tips yang Pertama. Jangan melabur sekiranya tiada Ilmu tentang pelaburan dan kewangan. Justeru itu Perunding yang bertauliah boleh membantu anda menyelesaikan masalah anda. Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk belajar tetapi Perancang Kewangan bertauliah boleh membantu anda untuk mencapai matlamat bebas kewangan anda.
  • No Pain No Gain, High Risk High Gain



Salam persahabatan / persaudaraan

Abang Fazlie
013-8690199 
mindapelaburjutawan769@gmail.com





"EVERYONE CAN INVEST IN UNIT TRUST"


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Everyone Can Invest In Unit Trust / Template by : Urang-kurai