"Unit Trust, apa itu ?" Tanya seorang kawan yang masih blur-blur tentang pelaburan Unit Trust.
"Apa tu Pelaburan Unit Amanah?, Serupa itu ASB / ASN kah bro", tanyanya lagi...
Mungkin ini adalah persoalan-persoalan yang sering bermain-main dikepala anda. Ada juga yang blur-blur dan berasa asing dengan istilah tersebut. Sebenarnya Unit Trust atau Unit Amanah dalam bahasa Malaysia adalah merupakan merupakan skim pelaburan terkumpul yang menggabungkan dana pelabur yang mempunyai matlamat yang sama, dalam sebuah amanah yang diuruskan oleh pengurus dana profesional. Wang terkumpul akan dilaburkan oleh pengurus profesional berdasarkan objektif dan kaedah peruntukan aset dana yang ditetapkan dalam prospektus. Unit Amanah mengumpulkan pelaburan dengan menjual unit yang mewakili satu bahagian daripada nilai aset bersih (NAB) dana. Ianya dapat digambar melalui gamabrajah dibawah...
Jika tak faham lagi biar saya jelaskan melalui gambarajah...

Wang dikumpul dari pelabur / Modal / Capital : Siapakah pelabur ? Pelabur / Unit holder / Investor adalah mereka yang terdiri dari individu, korporat, persatuan, kelab, koperasi, Organisasi Masjid, NGO dan sebagainya. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh jadi pelabur dengan syarat jika orang itu individu ia mestilah warga Malaysia jika bukan warga Malaysia, seseorang itu mesti mempunyai akaun mana-mana bank di Malaysia. Manakala syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat, Koperasi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Persatuan dengan Pendaftaran Persatuan.
Dana pula adalah tabung dimana wang para pelabur akan dikumpulkan dan seterusnya dana tersebut akan dilaburkan oleh Syarikat Pengurusan Dana. Contoh dana ni macam ASB, ASN, ASW2020 dan sebagainya. Jika dana di Public Mutual, dana-dananya dikenali sebagai dana patuh syariah dan konvensional. So bagi orang Muslim saya galakkan anda melabur di Dana yang patuh Syariah bagi mendapat pulangan yang diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Saya tidak sekali-kali mempromosi dana konvensional kerana saya tidak mahu bersyubahat dan dipertanggungjawabkan. berdosa besar jika saya menggalakkan orang Islam mengambil dana konvensional. Dana patuh syariah Public Mutual sahaja 27 buah dana. Antaranya seperti :-
Equity Fund:
- Public Islamic Divident Fund(PIDF)-epf
- Public Islamic Asia Divident Fund(PIADF)
- Public China Ittikal Fund(PCIF)
- Public Islamic Equity Fund(PIEF)-epf
- Public Islamic Optimal Growth Fund(PIOGF)-epf
- Public Islamic Asia Leaders Equity Fund(PIALEF)
- Public Islamic Opportunities Fund(PIOF)
- Public Islamic Select Sector Fund(PISSF)-epf
- Public Islamic Select Enterprises Fund(PISEF)-epf
- Public Islamic Select Treasures Fund(PISTF)-epf
- Public Asia Ittikal Fund(PAIF)
- Public Ittikal Fund(PITTIKAL)
- Public China Ittikal Fund
- Public Islamic Alpha 40 Growth Fund
- Public Islamic Treasures Growth Fund
- Public Ittikal Sequel Fund
- Public Islamic Saving Fund
Balance Fund:
- Puclic Islamic Balance Fund(PIBF)-epf
- Public Islamic Asia Balance Fund(PIABF)
Bond Fund:
- Public Islamic Bond Fund(PIBF)
- Public Islamic Select Bond Fund(PISBF)
- Public Islamic Enhance Bond Fund(PIEBF)
- Public Islamic Infrastructure Bond Fund
- Public Islamic Strategic Bond Fund
- Public Sukuk Fund
Fixed Income Fund:
- Public Islamic Income Fund(PI INCOME)
Money Market Fund:
- Public Islamic Money Market Fund(PIMMF)-epf
Pengurus Dana : Terdiri dari syarikat korporat seperti Public Mutual, Permodalan Nasional Berhad, MaaKL, CIMB Wealth. Pengurus dana bertanggungjawab untuk mengurus segala berkaitan dengan dana tersebut seperti mengurus tadbir dana, melaburkan dana, mengikut kehendak Master Prospektus. Walaubagaimanapun Pengurus dana tidak mempunyai hak sepenuhnya kepada dana tersebut. Pengurus dana hanya mengurus berkaitan dengan dana sahaja. And boleh layari laman web Public Mutual untuk maklumat lanjut berkaitan pengurus dana Public Mutual www.publicmutual.com.my
Pemegang Amanah / Trustee : Peranannya menjaga dana tersebut dan memantau pengurus dana menjalankan kerja-kerja pengurusan dana dengan betul, tidak menipu dan sebagainya. Ringkasnya Trustee bertanggungjawab menjaga kebajikan para pelabur jika sekiranya Syarikat Pengurus Dana "goreng sotong" . Trustee bukan perseorangan tetapi syarikat berstatus BERHAD seperti Amanah Raya Trustees Berhad, Maybank Trustee Berhad dan PM Trustees Berhad. So anda tidak perlu bimbang wang pelaburan anda hilang tetapi tiada jaminan untuk anda tidak mengalami kerugian. Dalam pelaburan pasti ada risiko untung dan rugi.
Penasihat Syariah : Adalah badan yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan dana yang dilaburkan oleh pengurus dana mengikut peraturan syariah. Jika ianya melanggar pematuhan syariah maka dana tersebut akan terkeluar dari dana pematuhan syariah. Anda tidak perlu risau akan dana-dana yang disenaraikan oleh PM. Ini diakui oleh Suruhanjaya Sekuriti sendiri. Boleh layari laman web suruhanjaya sekuriti www.sc.com.my. Penasihat Syarih bagi Public Mutual adalah ZICOLaw. anda boleh melayari di laman web www.zicolaw.com
Suruhanjaya Sekuriti : Adalah badan kerajaan yang memantau atau menyelia semua syarikat pelaburan di Malaysia. Anda boleh melawat laman web mereka di www.sc.com.my untuk keterangan lanjut. Pastikan mana-mana syarikat tempat dimana anda melabur berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti Malaysia, jika tidak sila abaikan kemungkinan anda akan tertipu dengan skim cepat kaya.
Pulangan Pelaburan : Apa yang anda perolehi dari pelaburan? Setiap pelabur sudah tentu mahukan keuntungan. Tiada siapa mahu melabur untuk kerugian, tetapi ketahuilah olehmu wahai pelabur dan bakal pelabur. Teman keuntungan adalah kerugian.Tanpa kerugian mana mungkin diketahui kerugian. Kerugian adalah benchmark kepada keuntungan begitulah sebaliknya. Dalam pelaburan Unit Amanah terdapat dua keuntungan. Iaitu Pulangan dari segi Agihan Pendapatan dan Pertumbuhan Modal. Bagi pelaburan unit trust keuntungan kedua-duanya dapat dicapai tetapi bagi ASB hanya Agihan pendapatan shaja yang anda dapat. Apakah Agihan Pendapatan? Senang cerita, agihan pendapatan adalah Dividen tetapi istilah dividen tidak sudah diguna pakai sejak tahun 1981 lagi. Manakala Pertumbuhan Modal ? Pertumbuhan modal adalah berdasarkan perubahan NAB seunit. Inilah keistimewaan dan keunikan melabur di unit trust mereka akan memperolehi keuntungan berdasarkan harga NAB seunit turun dan harga. Ibaratnya menjadi nilai tambah kepada agihan pendapatan. Bagaimanakah pelabur beroleh keuntungan semasa harga naik dan turun. Semuanya ada disini.
Maklumat lanjut , jika anda berminat bagaimana menggandakan wang simpanan dan pendapatan serta membuatkan wang bekerja keras untuk anda. Sila hubungi nombor tertera dibawah dan email.
Salam persahabatan / persaudaraan
Abang Fazlie
013-8690199
mindapelaburjutawan769@gmail.com
"EVERYONE CAN INVEST IN UNIT TRUST"
0 comments:
Post a Comment