KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Unit Public Bank Bhd, Public Mutual, akan melancarkan satu dana baharu, 'Public Islamic Growth & Income Fund (PISGIF)', pada Selasa.

PISGIF yang merupakan dana ekuiti Islam, bertujuan mencapai gabungan optimal pertumbuhan modal dan pendapatan biasa dengan melabur dalam portfolio pertumbuhan dan saham-saham dividen terutamanya dalam pasaran domestik.

"Prospek bagi saham-saham pertumbuhan dan dividen yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada umumnya berdaya tahan kerana asas luas ekonomi Malaysia menawarkan peluang-peluang bagi kedua-dua jenis syarikat ini untuk berkembang maju.

"Harga saham syarikat-syarikat pertumbuhan mungkin lebih mudah berubah-ubah daripada pasaran luas kerana syarikat-syarikat ini memberikan tumpuan kepada usaha mencapai pertumbuhan perolehan yang kukuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata saham-saham dividen dianggap lebih stabil kerana pulangan dividennya membantu menampan kejatuhan harga saham yang mungkin berlaku dalam tempoh keadaan pasaran yang turun naik.

Yeoh berkata syarikat-syarikat pertumbuhan biasanya adalah dalam sektor perkhidmatan kewangan, pembinaan, minyak dan gas, penjagaan kesihatan dan pembuatan, manakala saham-saham dividen, lebih cenderung berada dalam sektor-sektor seperti barangan pengguna, telekomunikasi, utiliti dan amanah pelaburan hartanah.

"Sejak bertahun-tahun, sektor-sektor ini telah mendapat manfaat daripada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.

"Oleh sebab PISGIF pada asasnya menumpukan pelaburannya kepada pasaran domestik, ia menawarkan peluang untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka sederhana dan jangka panjang kepada pelabur," tegasnya.

Pendedahan ekuiti dana itu pada umumnya adalah dari 75 peratus hingga 98 peratus nilai aset bersihnya (NAV)nya.

Dana ini sesuai bagi jangka sederhana dan panjang, dan mugkin juga melabur dalam sukuk dan aset cair Islam, termasuk instrumen pasaran wang Islam.

Untuk meningkatkan kepelbagaian, ia mungkin melabur hingga 25 peratus daripada NAVnya dalam pasaran-pasaran asing terpilih termasuk China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Harga terbitan permulaan PISGIF ialah RM0.25 seunit dalam tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 7 hingga 27 Januari, 2014.

Dalam tempoh tawaran itu, caj jualan promosi istimewa serendah 5 peratus harga terbitan permulaan diberikan bagi pembelian unit-unit dana itu.

-- BERNAMA


Untuk melabur ke dalam dana ini anda boleh hubungi saya di talian 0138690199.

Fast Action, Fast Result

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Everyone Can Invest In Unit Trust / Template by : Urang-kurai