Setiap penyakit ada ubatnya dan untuk merawat penyakit mesti diketahui apakah simptom-simptom atau tanda-tanda penyakit tersebut. Ketahui masalah kewangan anda selepas itu kita cuba merawatnya. Penyakit ini tidak boleh diubati oleh para doktor mahupun pakar bedah sekalipun di hospital-hospital kerajaan atau swasta. Penyakit ini hanya boleh dirawat berbantukan pakar kewangan dan bertawakkal kepada Allah atas semua usaha yang dilakukan. So apakah tanda-tanda anda mengalami masalah kewangan.
Kad Kredit
• Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
• Baki tertunggak meningkat setiap bulan
• Telah menggunakan kad pada had maksimum
• Kerap mengambil pendahuluan wang tunai
• Tidak membayar atau lewat membuat bayaran
• Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank
Pinjaman
• Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
• Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
• Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan.
• Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
• Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.
Simpanan
• Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan.
• Mempunyai sedikit ataupun tidak langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.
Perbelanjaan
• Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan.
• Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup.
• Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
• Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang

Jika anda perlukan maklumat lanjut bagaimana pengurusan kewangan berhemah. Hubungi saya di talian
Abang Fazlie
013-8690199
mindapelaburjutawan796@gmail.com
0 comments:
Post a Comment