Terdapat dua cara untuk melabur
- Tunai
- EPF
TUNAI
Dalam kaedah pelaburan Tunai, peserta atau bakal pelabur mempunyai 3 pilihan iaitu :-
Lump Sump : Dimana pelabur boleh meletakkan wang atau melaburkan wang dalam jumlah yang besar sekaligus. Biasanya berjumlah RM10,000. Ini sesuai untuk mereka yang mempunya kemampuan untuk melabur besar dan tidak mahu pening kepala untuk melabur secara bulanan. Apa yang mereka harapkan, apabila cukup tempoh dan sampai target, mereka boleh mengeluarkan wang tersebut. Untuk mereka yang kurang berkemampuan atau kurang dari RM10,000 saya tak galakkan untuk kaedah ini. Saya galakkan anda melabur secara bulanan.
Kelemahan
- Anda hanya beli sekali pada nilai NAV seunit sahaja
- Keuntungan anda dikira berdasarkan kepada nilai NAB Seunit pembelian anda
- Anda harus memilih waktu yang sesuai atau timing yang sesuai untuk melabur. Untuk mendapatkan timing yang sesuai dan tepat bukanlah mudah sebab kita tidak mengetahuinya melainkan Allah S.W.T. Jadi jangan jadi peramal pelabur seolah-olah anda mengetahui bila pasaran akan menjunam.
Kelebihan
- Jika anda melabur more than RM120,000 anda layak bergelar VIP Investor
- Anda tidak perlu berfikir banyak dan melabur setiap bulan
Berkala ( Ansuran ) : Dimana pelabur yang mempunyai modal kurang dari RM10,000 saya galakkan anda untuk melabur kaedah ini. Kaedah ini mengguna pakai Ringgit Cest Averaging (RCA) anda tidak terpengaruh dengan kenaikan harga yang tidak menentu kerana dengan menggunakan Strategi RCA anda bakal mendapat harga purata seunit NAB.
EPF
Ini bagi mereka yang ingin melabur menggunakan caruman KWSP. Anda tidak perlukan wang tunai memadai dengan memindahkan sebahagian wang anda dari Akaun 1 ke pelaburan Unit Trust. caranya mudah, akan saya terangkan dalam bab yang lain. Jika anda mahu melabur pada ketika ini. Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.
Yang Ikhlas dan Sedia membantu,
Fazlie
013-8690199
mindapelaburjutawan@gmail.com
0 comments:
Post a Comment